Sunday, 25 November 2007

Romantiknyerrr...

Received this email from a friend and sharing it with you....

 Assalamualaikum.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH
SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan
baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah
yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
 Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan
berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan berikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin ......................

PETUA

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya
InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wassalammu'alaikum W W

 

10 comments:

khaty azhar said...

Enjoyed this entry very much..thks for sharing sis..:)

yohanis danial said...

Alhamdullillah....nice article lyn...
Thanks for sharing...

2 Heartz said...

Bukan stakat nak mandi bersama, suami nak mandi aje anak girl dah mula ketok pintu or baring depan pintu bilik air hmm....

Suraya Hani said...

Very nice article:-) Thanks for sharing yer!!

marsidah ali said...

syukran jazilan for tis wonderful article... thks!! ya ukthi.

Dian Utami said...

tfs Sis....but what is Teh 'O'?

anna sie said...

InsyaAlloh....setelah makan enak, biasanya saya selalu menjilat jari2 yg masih kena sisa makanan.....makin nikmat lah!! he..he..

Lynn A said...

Teh is tea. without milk. :)

Lynn A said...

yup. same here. Kami juga pastikan yg anak-anak lakukan sedemikian. Supaya jadi kebiasaan mereka bila dewasa nanti. Tapi yg penting cuci tangannya dong!..hhehe

Saodah Hasbolla said...

Great sharing :-)