Showing posts with label sihir. Show all posts
Showing posts with label sihir. Show all posts

Friday, 3 April 2009

Terima Kasih kerana mendoakan aku....

Alhamdulillah.. keadaanku semakin beransur sihat. Boleh dikatakan 70% baik. Berkat doa semua yg menyayangi diriku... Alhamdulillah. Cuma bila tiba waktu senja... gatalnya masih menganggu diri. Tapi sekurang-kurangnya sudah tidak berair, berdarah dan merah lagi kulit ini. Jika tidak setiap kali hendak keluar rumah, siap aku bertampal sana sini agar tidak sakit dan berdarah kulit ku bila terkena baju dan seluar. Dan setiap waktu tidur aku juga bertampal sana sini agar cadarku tidak terkena darah atau basah oleh cecair yg keluar dari luka-luka. Bila waktu solat... tiap kali berwudhu, memeritkan kerana air yg terkena luka. Telekung ku juga melekit kerana terkena cecair yg keluar di tangan dan kaki... membuat aku sering berasa tidak selesa dan was-was. Air yg keluar dari luka luka tidak mengira waktu tapi bila waktu senja Ya Allah... ianya sangat gatal dan air akan keluar bagaikan air mata...Cukup menyiksakan. Cukup memeritkan. Cukuplah semua itu. Aku menanggung semua itu selama 5 bulan! Orang melihat aku tersenyum dan ketawa tapi di hati ini menderita... sengsara menanggung kesakitan.

Bukan itu saja... 3 minggu lepas semasa muka ku membengkak... telinga ku juga keluar air bila waktu tidur atau sewaktu menggunakan telefon. Bila tidur, pusing kiri telinga kiri keluar air. Pusing kanan telinga kanan keluar air. Bukan dari lubang telinga saja.. malah di belakang telinga juga. Bila menggunakan telefon, tiba tiba telefon ku basah... dari air yg keluar dari telinga. Menghairankan.

Pada mulanya aku merasa gatal di kepala dan telinga. Beberapa hari kemudian mata kanan ku bengkak sedikit. Kemudian merebak keseluruh mata dan setiap hari makin membengkak ke muka. Professor di Skin Centre juga hairan kerana tidak ada tanda tanda ianya adalah allergy. Dan juga aku tidak pernah ada masalah alahan...

Waktu itu bermacam perasaan menyelubungi aku. Fikiran berkecamuk. Aku malah memberitahu suami ku agar jgn pulang setelah habis kerjanya di Sydney. AKu tidak sanggup berhadapan dengan suami dengan keadaan yg cukup mengerikan itu. Aku dimarahi mak dan suami kerana memikirkan yg bukan bukan. Tapi waktu itu hanya Allah yg tahu perasaan aku. Cuma tidak pernah terlintas ianya adalah perbuatan Sihir. Aku fikir mungkin ianya hanya penyakit kulit. Tapi oleh kerana doktor juga tidak dpt menerangkan pada ku akan jenis penyakit itu, mak mengesa agar aku cuba berubat dengan Ustaz-ustaz.

Diwaktu itulah berbagai dugaan datang menghantui keluarga ku... terutama mak dan adik bungsu ku. Bukan itu saja, malah sesiapa yg cuba membantu aku. Namun tidak pernah keluargaku membiarkan aku. Mereka bersusah payah mmbantuku saat aku memerlukan. Suami berada di Sydney kerana tugas dan aku tidak mau menyusahkan suami yg mencari rezeki demi aku dan anak anak. Mujur aku berdekatan dengan keluarga. Dan keluarga juga amat menyayangi aku. Mak tinggal di rumah ku. Menjaga aku dan anak anak.

Adik-adik juga sanggup menghantarku ke hospital, berubat ke sana sini. Apa saja yg aku perlukan mereka bersusah payah mendapatkannya. Tidak aku lupakan setiap titis airmata mak dan adik adik yg mengalir, melihat keadaan ku waktu itu. Tidak aku lupakan setiap pertolongan yg aku terima dari saudara-mara, ipar-duai dan sahabat taulan.

Kepada kakak2, adik2 dan teman2 di sini, aku amat berterima kasih di atas keprihatinan anda semua. Terima kasih kerana sudi mendoakanku. Syukur Alhamdulillah kerana aku mempunyai ramai kenalan yg sayang dan mengambil berat tentang diriku.

Kejadian ini membuat aku semakin dekat kepada Allah. Membuat aku semakin tabah dengan dugaannya.

Kepada manusia yg ingin melihat aku sengsara dan menderita, terima kasih aku ucapkan. Kerana perbuatanmu aku semakin disayangi. Kerana perbuatanmu aku semakin dilindungi. Kerana perbuatanmu aku tahu aku ramai teman yg mengasihani ku. Kerana perbuatanmu suami dan aku semakin sayang-menyayangi..

Kerana kau juga aku semakin dekat kepada Allah. Kerana kau juga lah aku bersyukur kerana tidak mempunyai hati yg busuk! Walaupun wajahku dan tubuhku jelek... tapi hati ku tidak pernah jelek. Walaupun wajah dan tubuhku sudah cacat tapi hatiku tidak cacat! Alhamdulillah.

Semoga Allah memberimu keampunan, Taufiq dan Hidayah.....

Monday, 30 March 2009

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka ( Keturunan )


Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

Tuesday, 24 March 2009

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.