Tuesday, 31 March 2009

What's Happening

Pelbagai perasaan menyelubungi manusia yg tidak pernah senang dan syukur dengan apa yg mereka ada. Berbagai cara mereka lakukan untuk mendapat kesenangan dan kepuasan hati. Malah ada yg sanggup berbuat perkara keji.
Lynn tidak tau apa salah dan dosa yg pernah Lynn lakukan yg membuat Lynn terkena ilmu sihir. Sejak dari November hingga ke hari ini. Tidak pernah pun terlintas di fikiran Lynn sejak sakit yg ianya adalah perbuatan sihir. Tidak sekali kali terniat untuk berubat dan bertemu ustaz untuk bertanya kerana fikiran ini tidak terlintas ke arah itu. Kita berbuat baik pada org dengan tidak mengharap apa pun balasan... ikhlas.
Keadaan Lynn semakin hari semakin teruk. Kulit sering berair, berdarah, terkupas dan gatal. Gatal setengah mati... tiap waktu senja akan bertambah tambah gatalnya... hingga Lynn mengelitik menahan gatal. Ya Allah... Tuhan saja yg tahu keadaan Lynn.
Hinggalah 3 minggu lepas... setelah ke Skin centre, professor pun tak dapat pastikan kenapa bintik bintik kecil yg ada di tangan dan kaki Lynn begitu cepat merebak. Dan mata Lynn juga bengkak. Makin hari makin bengkak hingga tidak nampak hidung sendiri. Muka dan telinga Lynn juga bengkak. Mak dan adik2 yg dtg melihat Lynn juga menangis melihat keadaan Lynn. Mak menjaga Lynn sepanjang suami di Sydney kerana tugas. Mujur dia tidak ada di sini... Lynn malu kalau suami lihat muka Lynn begitu.
Mak usulkan agar Lynn berjumpa dengan ustaz dari Darul Ilaaj. Tidak ada perubahan juga. Dan kemudian ada seorang sahabat baik Lynn dari Melbourne yg membantu secara online... while chatting. Dia merasakan sesuatu yg tidak baik. Mengesa Lynn agar cepat mencari ustaz yg boleh membantu... secepat mungkin. Kerana orang yg berniat tidak baik terhadap Lynn ini mahu membuat Lynn sengsara dan menganggu kehidupan keluarga Lynn. Astaghfirullah.
Sebelum Lynn bertemu ustaz Fitras Mataram, teman baik mak dtg bertemu Lynn dan memberitahu yg ada org yg ingin memisahkan Lynn dan suami. Lynn tidak tahu siapa dia. Mak, pembantu Lynn dan Lynn juga membaca ayat Qursy di rumah... dan "makhluk" itu menjelma menunjukkan dirinya pada mak dan pembantu rumah Lynn. Mujur tidak menganggu anak anak. Dan teman yg membantu Lynn juga dikunjungi makhluk setan itu. Dan sesiapa yg cuba membantu Lynn akan diganggu.
Bila Lynn bertemu Ustaz Fitras, dia memberitahu yg Lynn terkena keracunan sihir yg dikirim melalui angin. Dia sempat bertanya.... Awak ni ada simpan harta Sultan Bolkiah ke? Sehingga ada yg benci dan marah benar dengan Lynn. Lynn jawab - Saya tidak simpan harta Sultan Bolkiah, ustaz. Saya simpan Sultan Bolkiah.
Kenapalah ada juga manusia yg berniat sebegitu?
Kepada teman teman yg pernah melihat Lynn, kalian akan terkejut melihat keadaan Lynn sekarang. Ini lah tangan Lynn sebelum sakit dan sekarang....





It was only a small dot above my mole.
During these period I have a few rashes on my legs.



It started to spread... Itchy and weepy...




What it looks like about 2 weeks ago...



Kepada semua...
Lynn bukan meminta simpati. Cuma doa agar Lynn cepat sembuh dan diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Doakan Lynn.....
Jika Lynn pernah menyakiti hati sesiapa, Lynn mohon ampun dan maaf. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk menyakiti hati org lain....
Terima kasih.
Salam Sayang
Lynn Andy.. aka Hazlin

33 comments:

Ika Nursila Dewi said...

Ya alloh.....Engkau Maha Penyembuh, tolong sembuhkan lah penyakit sis Lyn, hanya Engkau Ya alloh.....tempat kami meminta pertolongan..... Mudah2an dengan keikhlasan sis lyndy menerima semua cubaan ini...insya alloh, menjadi penggugur dosa sis lyn..amin amin... saya doakan dari jauh sis... saya juga akan cuba mencari lagi kyai yg bisa membantu sis lyn...kalau kata mak saya, kena 'angin'.... dan mak saya juga akan membantu sis insya alloh...bismillah ya sis...siapapun orang yg melakukan perbuatan keji ini ke sis lyn....biarlah alloh yg membalasnya dengan balasan yg jauh lebih kejaaaammm....amin amin.....

Meliciously Mel said...

astaghfirullah haladzim.. mmg zaman sekarang nie, masih ada yg melakukan perbuatan terkutuk tu, sungguh menyeramkan. kak lynn, mel doakan semuga kak lynn diberikan kekuatan dan kesabaran. semuga diberikan kesembuhan dan pelindungan dari Allah amiin.. take care sis!

:. syazah nurisha .: said...

Ya Allah...semoga Kak Lynn tabah...sesungguhnya org itu akan mendapat balasan yg setimpalnya kelak...kesiannya kak...

i nearly wept seeing ur hand's condition...berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul...sampai hati betul org tu buat begitu..nak pisahkan kakak dgn suami kakak ..haizz...seram betul these things are still happening..

Shaikha Mom said...

Ya Rabb... kesihani lah hamba mu ini, sembuhkanlah penyakitnya dan jauhilah beliau dari finah shaitan dan maknusia... Ameen ya Rabb.
Astaghrafirullah Lynn... sedih melihat keadaan Lynn sebigini, do'a Shaikha buat Lynn dan keluarga... InsyaAllah, ada hikmah dan ganjaran besar menunggu, atas kesabaran dan penderitaan mu sis... Ameen ya Rabb.

nek slampet bini tok slampet said...

Allah sentiasa mendampingi hamba2nya yang teraniaya, insyaAllah.

astaghfirullahal 'adzim..lynn my du'a buat u semoga diberi ketabahan mengharungi dugaan ini dan semoga lynn cepat semboh..sedih lah nengok keadaan lyn camni..*hugs*

Lynn A said...

Amin. Amin... terimakasih Ika. Kepada org ya melakukan perbuatan ini... semoga Allah memberinya taufiq dan hidayah dan ampunkan dosanya.. Amin.

Lynn A said...

Amin. Terimakasih Mel...

Lynn A said...

Doakan kak Lynn yer Rina...

Bukan tangan jer Rina... dah satu badan...
Sedih... tapi Kak Lynn redha.. ujian Allah.

Lynn A said...

Amin...
Lynn hampir hilang semangat Shai... asyik nangis jer... sedih.. ada yg tergamak buat mcm ni.. Lynn kuatkan juga diri ni... demi anak anak dan keluarga. Kerana kasih sayang mereka lah Lynn tabah... sedih tengok mak nangis hari hari waktu jaga Lynn. Tak apa lah... InsyaAllah.. ada hikmah disebalik semua ini...
Doakan Lynn ya Shai... *hugs*

Lynn A said...

Amin.. terima kasih sis...

Doa doa sisters smua Lynn hargai sekali... *hugs*

Lolita Getruda said...

Allah maha Kaya dan maha mengetahui.setiap manusia yg memilih utk bersekutu dgn jin dan syaitan akan menerima azab yg setimpal dari Allah Sbw..setiap penyakit ada ubatnya but it takes time n patience. Dun give up sis..ive been thru so we sama doa dan memohon dgn izin Allah moga Allah akan tunjukkan kebenaran satu hari kelak. I never stop doakan u walaupun i beribu batu sis..
Dun be afraid of jin and syaitan kerana mereka juga mahluk ciptaan Allah..ingat anak2 dan suami kerana bocz of them, we keep our spirit going..
Sama2 kita doa memohon cepat pulih dari semua perbuatan sihir dari org2 yg engkar dan lupa akan kebesaran Allah..*big hugs*

Lynn A said...

Amin. Sama sama kita berdoa sis. You are always in my prayers sis. I pun kesiankan you... alone there. Kesian Johan too... InsyaAllah, everything will be back to normal sis. Yes... it takes time...we have to be strong for our family...

kerepekanyone aka sisyani said...

subhanallah Lyn...astagfirullah...knapa ada yg niat tak baik terhadap mu sahabat. insya'allah my doa smoga u cepat sembut. biarlah ALLAH sahaja yg membalas perbuatan mereka2....yg penting u concentrate to recover k.

EverLast 4 said...

astaghfirullahal 'adzim

akak sedih dgn keadaan lin ...dear why not u try berubat dgn ustaz mawi di aliwal street....(dari al-hikmah) hp no 81214463...

semoga Allah memudahkan segala urusan buat mu dik

Lynn A said...

tak tau lah sis.. kenapa ada yg rasa iri hati, dendam, benci yg meluap luap terhadap lynn. Mungkin Lynn ada buat silap pada org tu Lynn tak tau.... kita ni manusia biasa yg tidak terlepas dari membuat silap tapi bukan ini caranya untuk "mengajar" org yg menyakiti kita... Kenapa harus berlaku kejam dan keji...?
Ya sis... sekarang lynn cuma nak concentrate untuk kembali sihat...doakan lynn sis... terima kasih.

Lynn A said...

Thanks dear sis.. Lynn cuba Ustaz Fitras dulu... kalau masih tidak ada perubahan... insyaAllah lynn cuba ustaz Mawi.

InsyaAllah.. Amin. Thanks again sis.

Rose S said...

Astargfirlah Lynn! Siapa sampai hati buat u mcm ni? Pilu hati I baca entry ni, seeing ur pain. Ya Allah, kau lindungilah, kawan ku Lynn. I'm quite puzzled, I don't think you are the type to sengaja sakitkan hati orang lain or what. Sabar ya Lynn? May Allah protect you from all evil. Terus ikhtiar pegi berubat eh Lynn? Insya'Allah ada penawarnya... I will pray for you from here. Hugs for you...

Lynn A said...

Thanks Rose.
Ntah lah Rose. Lynn pun tak tau kenapa ada yg sanggup buat mcm ni. Lynn tak tau kalau kebahagiaan Lynn bersama suami dan anak2 membuat org lain rasa iri... wallahualam.

At this moment, the only thing I want to do is to get cured. It's too painful. Too depressing. Thanks for your doa dear..

Yati :-x said...

subhanallah... sampai hati org nie ya..
but y do tis to you.. dia berkenan ngan ur hubby ker sampai nak pisahkan u and hubby.. wat i can say is tat u jumpa the ustaz and see wat he say insyallah kami semua doakan u cepat sembuh.
pada saper2 yg buat tak baik pada u, harapkan balik pada diri dia...

semoga cepat sembuh ya lynn, i wan to see u ceria selalu...

Lynn A said...

Amin. thanks sis for your doa.

HB and I dunno who this person is. Dunno dia berkenan ngan my hb ke tidak ke.. sebab some ppl saja jer nak buat org lain susah bila dia tak suka kita senang. But this incident only makes our love stronger. Alhamdulillah...anak anak pun tak takut atau jijik tengok mama dorang mcm ni.

Leharos . said...

Salam dik Lynn, meleleh air mata kakak membaca dan lebih2 lagi selepas melihat
gambar2 tangan Lynn tu!!!
Kakak betul2 simpati dgn Lynn...bersabar ya dik, sambil jgn berputus asa
berusaha untuk penyembuhan adik...
InsyaAllahm kakak akan panjatkan doa agar Lynn lekas pulih...
Semuga Alah menunjukkan kebenarannya dan membuka hati orang2 yang jahil agar
cepat2 bertaubat..
Take care.:-))

Lynn A said...

Terima kasih kak. Lynn terharu kerana ramai yg prihatin terhadap diri Lynn. Walaupun ramai di sini yg tidak pernah Lynn temui...
Ya kak... semoga Allah memberinya taufiq dan hidayah.

Linda S said...

Astaghfirullah Lynn, I cried tau baca about you. I told you before we're like sistas. Apa2 you can call or text me. Insya'allah Lynn you akan sembuh. Perbuatan yang khianat tak akan lepas dari siksa akhirat. I akan sentiasa doakan you. Luv you loads!

Lynn A said...

bukan lynn tak nak call or text you sis... tapi waktu sakit tu mmg tak tau apa nak buat.. tak tentu arah. hanya fikir bila nak baik? kenapa mcm ni? sakit apa? salah makan ke? allergy ke? mcm mcm...
Anyway sis... terima kasih kerana mendokan lynn. I love you too.. double loads :D

Nysha Clinfelster Gitto said...

Kak... take care ok. I doakan selamat senantiasa. Sesungguhnye Tuhan maha Mengetahui segalanya. He gives u this only to make u even stronger. U can go thru it.
Luv u and *hugs*

nora effendi said...

[speechless] ..ni usually comes from org yg iri hati or niat busuk..haizzz..
Lynn..be strong..and the sistas and I here are sayang you and care about you k..
berbanyak2 bersabar..and solat .Amalkan surah Yaasin every nite & morning, and ayatul qursi every now and then k..u dah cuba seek help @ malaysia?
whatever it is..i turut doakan you Lynn and your family smuga senantiasa diberi perlindungan..take care babe~

Lynn A said...

thank u dear sis... Love u too dear...*hugs*

Lynn A said...

Amin. thank u dear for your doa. I masih berubat dengan ustaz Fitras...Alhamdulillah my condition is better now.

nora effendi said...

alhamdulillah...
syukur..
insya allah..it wud be gone soon..

Lynn A said...

thanks dear..*hugs*

Nysha Clinfelster Gitto said...

Yup, I suke dgn ustaz Mawi. He's very good Kak Lyn. Bukan nak promosi tapi I know how he works. Alhamdulilah semua nya berjalan dengan lancar. Dia masih pat Indo sis. I think he's back Wed ke 2mrw. Cuba k sis.. Kita usaha, yang tentu kan dan datangnye ni semua dari DIA. Amin.

marsidah ali said...

my doa's for you sis... take care .... may ALLAH bless u with rahmatnye... insyaALLAH main...

Lynn A said...

amin... thank u dear sis...