Lynn tidak tau apa salah dan dosa yg pernah Lynn lakukan yg membuat Lynn terkena ilmu sihir. Sejak dari November hingga ke hari ini. Tidak pernah pun terlintas di fikiran Lynn sejak sakit yg ianya adalah perbuatan sihir. Tidak sekali kali terniat untuk berubat dan bertemu ustaz untuk bertanya kerana fikiran ini tidak terlintas ke arah itu. Kita berbuat baik pada org dengan tidak mengharap apa pun balasan... ikhlas.
Keadaan Lynn semakin hari semakin teruk. Kulit sering berair, berdarah, terkupas dan gatal. Gatal setengah mati... tiap waktu senja akan bertambah tambah gatalnya... hingga Lynn mengelitik menahan gatal. Ya Allah... Tuhan saja yg tahu keadaan Lynn.
Hinggalah 3 minggu lepas... setelah ke Skin centre, professor pun tak dapat pastikan kenapa bintik bintik kecil yg ada di tangan dan kaki Lynn begitu cepat merebak. Dan mata Lynn juga bengkak. Makin hari makin bengkak hingga tidak nampak hidung sendiri. Muka dan telinga Lynn juga bengkak. Mak dan adik2 yg dtg melihat Lynn juga menangis melihat keadaan Lynn. Mak menjaga Lynn sepanjang suami di Sydney kerana tugas. Mujur dia tidak ada di sini... Lynn malu kalau suami lihat muka Lynn begitu.
Mak usulkan agar Lynn berjumpa dengan ustaz dari Darul Ilaaj. Tidak ada perubahan juga. Dan kemudian ada seorang sahabat baik Lynn dari Melbourne yg membantu secara online... while chatting. Dia merasakan sesuatu yg tidak baik. Mengesa Lynn agar cepat mencari ustaz yg boleh membantu... secepat mungkin. Kerana orang yg berniat tidak baik terhadap Lynn ini mahu membuat Lynn sengsara dan menganggu kehidupan keluarga Lynn. Astaghfirullah.
Sebelum Lynn bertemu ustaz Fitras Mataram, teman baik mak dtg bertemu Lynn dan memberitahu yg ada org yg ingin memisahkan Lynn dan suami. Lynn tidak tahu siapa dia. Mak, pembantu Lynn dan Lynn juga membaca ayat Qursy di rumah... dan "makhluk" itu menjelma menunjukkan dirinya pada mak dan pembantu rumah Lynn. Mujur tidak menganggu anak anak. Dan teman yg membantu Lynn juga dikunjungi makhluk setan itu. Dan sesiapa yg cuba membantu Lynn akan diganggu.
Bila Lynn bertemu Ustaz Fitras, dia memberitahu yg Lynn terkena keracunan sihir yg dikirim melalui angin. Dia sempat bertanya.... Awak ni ada simpan harta Sultan Bolkiah ke? Sehingga ada yg benci dan marah benar dengan Lynn. Lynn jawab - Saya tidak simpan harta Sultan Bolkiah, ustaz. Saya simpan Sultan Bolkiah.
Kenapalah ada juga manusia yg berniat sebegitu?
Kepada teman teman yg pernah melihat Lynn, kalian akan terkejut melihat keadaan Lynn sekarang. Ini lah tangan Lynn sebelum sakit dan sekarang....
It was only a small dot above my mole.
During these period I have a few rashes on my legs.
It started to spread... Itchy and weepy...
What it looks like about 2 weeks ago...
Kepada semua...
Lynn bukan meminta simpati. Cuma doa agar Lynn cepat sembuh dan diberikan ketenangan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Doakan Lynn.....
Jika Lynn pernah menyakiti hati sesiapa, Lynn mohon ampun dan maaf. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk menyakiti hati org lain....
Terima kasih.
Salam Sayang
Lynn Andy.. aka Hazlin