Saturday, 1 December 2007

Ilmu Sains vs Ilmu Islam







Somethine to share. Got this from
a friend.

size=3> 
Pertembungan sains dengan
Islam, mana nak dipilih?

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan
tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik.

Sila baca
artikel saya bertajuk "Agar gigi anak-anak tersusun rapi."

Dalam artikel
ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan
anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini,
begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya.
Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.


Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK
Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di
Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan
5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan
pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai
khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya
tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang
perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari
dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama
iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang
tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang
bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang
begini "Janganlah kamu makan organ dalaman".

Walau pun Nabi berkata
jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan
mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam
tubuh haiwan seperti:
1.        Hati
2.  
     Jantung
3.        Paru-paru
4.
       Perut
5.        Hempedal

6.        Buah pinggang
7.      
 Jantung
8.        Telur ayam yang belum keluar
dari perut ayam
9.        Telur ikan.

Sains
menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan
manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini.

Mana yang anda
pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman
membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk
berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia
sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan
isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik
ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar
matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah
membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah,
doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa
mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel
darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami
berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam.


oktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut Bermula
dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub,
saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan
ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan,
keadaan kesihatan anak saya semakin merosot.

Ia semakin sangat mudah
letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau
rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin
maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari
sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan
merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya.

Saya
dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar
kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke
dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2
sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja
yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka

mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek
berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu
(Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu
Talesemia.

Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak
penghidap talesemia selalu nya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.


Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah
tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang
mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya
ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama
NUTROPLEX.

Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak
saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya
kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah
disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2
kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah
memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang
kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam
dan tidak bermaya serta mudah letih.

Kemuncak masalah ini ialah bila
satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya
terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah
mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam
makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu
kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke
hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya
menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak
mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak
saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung
dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak
saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya
terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya.
Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya
lulusan universiti
(biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar
pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati
agar :
1.        Elakkan dari makan sebarang organ
 dalaman seperti hati dsbnya.
2.        Elakkan
makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker,
burger, naget, sausage dan sebagainya
3.        Elakkan
minuman bergas
4.        Elakkan jeruk-jeruk kering dan
basah
5.        Makan sayur-sayuran yang berzat seperti
sayuran hijau dan pahit.
6.        Makan buah delima

7.        Makan epal hijau.

Selepas tiada
pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan
arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah
kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya
ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun
telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya
Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.
Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh
membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang
selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya
membawa mudharat kepada manusia.

Ampunilah dosa ku ya Allah kerana
mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).


Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah
baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi
agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau
dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka
ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah
berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran
dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini
untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana
ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi ,
Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan
seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan

kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan
paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain
yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya
serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya
betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu
banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.

Subhanallah.


Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden,
waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di
dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi
menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah
dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan
mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos
akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak
meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang
sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.


Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan
menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam
wallahualam

1 comment:

Saodah Hasbolla said...

"sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati"
...MasyaAllah dan yakinlah dgn air zam zam InsyaAllah ubat bagi banyak penyakit