Friday, 6 July 2007

Antara isteri dan ibu bapa, mana satu yang perlu diutamakan ?

Perkahwinan pada dasarnya, tidak memisahkan hubungan anak-anak

dengan keluarga masing-masing. Bagi seorang isteri, suaminya adalah

lebih berhak ke atas dirinya jika dibandingkan dengan kedua ibu

bapanya sendiri. Manakala bagi seorang anak lelaki, ibu bapa tetap lebih berhak ke

atas dirinya jika dibandingkan dengan isterinya sendiri. Kewajipan

seorang anak lelaki dalam mentaati orang tuanya telah dijelaskan

dalam sirah Rasulullah yang menceritakan tentang seorang sahabat

yang bernama Al-Khomah Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa

kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah. Sejurus

selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap Syahadah dan

menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kisah ini, Rasulullah telah

berpesan, " Siapa yang mengutamakan isteri dari ibunya, maka ia akan

terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu atau

sunatnya." Ingatlah kembali bagaimana payahnya seorang ibu menahan

kesakitan dan kepenatan mengandungkan si anak apatah lagi selepas

melahirkannya, mata yang disengkang menahan rasa mengantuk

semata-mata melayan karenah si anak yang pelbagai. Kesabaran si ibu

menyediakan keperluan si anak dan si ibu menggadaikan nyawa

melahirkannya. Kesimpulan dari itu, tindakan yang saudara ambil

adalah tidak menepati syariat Islam. Keperluan ibu bapa hendaklah

dipenuhi terlebih dahulu sebelum saudara memenuhi tuntutan orang

lain.

Jika anda seorang isteri, pesankan pada suami anda supaya sentiasa mentaati

dan melebihkan ibubapanya daripada anda sendiri. Payah tapi inilah

hakikat hukum. Seorang isteri yang salehah akan selalu mengingatkan

suaminya tentang tanggungjawap suami terhadap ibubapanya sendiri.

Anda tidak harus marah jika suami anda lebih mengutamakan ibubapanya

terutama ibunya lebih daripada anda sendiri, kerana syurga suami anda

terletak pada ibunya, anda pada suami anda. Jika suami anda derhaka atau

melepaskan tanggungjawapnya terhadap ibubapanya sendiri, maka tiada lah

syurga bagi suami anda & tiadalah syurga bagi anda.

2 comments:

khaty azhar said...

nice entry...thks for sharing sis..:)

Lynn A said...

no prob... a good info for us women...