Monday, 17 November 2008

Message Dr. Fadzilah Kamsah cerita pasal Didik Anak

Assalammualaikum... masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen... tapi taklah everytime.. secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu. Dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan... either belen makanan mak atau abah... tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg
lain... samada kami perasan atau tidak... so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak... akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri... arwah tok pompuan kamilah sebelah abah... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu... kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik... dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali... tak caya try buat... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib... dapat semua waktu lagi baik... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2nya... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass o­n his words to others, and those to others again; and may the last o­nes understand his words better than those who listen to him directly...

Tali Gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.

Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.


Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai
RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.

Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

-- BERNAMA

Sunday, 16 November 2008

Women and Sleep

Some form of sleep disturbance will affect the majority of us at some point in our lives. In most cases we’ll get over it, but for some people ongoing sleep problems persist. In this fact sheet we outline some of the common causes of poor sleep and offer some simple tips to help improve sleep. 

About insomnia

Insomnia is the name given to the inability to go to sleep or to stay asleep. There are several types of insomnia. It’s more common in older people who, fortunately, need less sleep.

Primary insomnia

Most adults need about seven and a half to eight hours sleep each night; however some people simply need less sleep. About two per cent of the population needs less than five hours a night. They can be highly productive and quite happy. These are not the people who visit a sleep disorder clinic; however not everyone in this group wants to live this way. Many would rather go to bed at the same time as their partner or simply don’t want to lie there until 1.30am. These are the people who seek help and who may say, “Oh, I’ve never been a good sleeper”. But they still manage to function well and are generally not tired.
 
It’s interesting to note that other family members will often have the same complaints. They’re tricky to treat as they are very resistant to non-drug strategies. Basically, it is recommended they go to bed for fewer hours – while listening to their own body clock for clues. Some simple lifestyle changes may also have an impact. See tips to improve your sleep. 

Insomnia stimulated by an incident

Have you always been a good sleeper but something has triggered a change in your sleep patterns? Often the trigger is a period of emotional trauma; perhaps your shifts at work have altered or you’ve had a baby. Bad habits persist beyond the trigger period because your body has now learned that this is the norm. Patients visit sleep clinics feeling frustrated and anxious. This emotional state only makes the problem worse.
 
With this group a range of psychological techniques aimed at ‘unlearning’ the conditioned sleep pattern may be suggested. Sleep clinics offer strategies to overcome anxiety or frustration and will also recommend changing lifestyle habits. See tips to improve your sleep.
 
Disorders of the body clock
These people cannot be described as having insomnia, but instead, have problems with their timing rather than quality or duration of sleep. Usually people with disorders of the body clock have trouble getting to sleep and are then unable to get up in the morning. This can pose a real problem for those of us who have to get up early to go to work. When the body clock is unhappy, the person carrying it around is bound to feel sleepy during the day and will crave recovery sleep on the weekend.
 
The body clock can be manipulated with carefully timed exposure to bright light. In the same way that our body clocks adjust to differing time zones when traveling, we can shift body clocks with light exposure, best managed with a sleep specialist or sleep psychologist.

Other causes of sleep disturbance

Menopause

Menopause symptoms, particularly hot flushes and night sweats, can disturb sleep.

Sleep apnoea

Sleep apnoea is when the airways are blocked, causing airflow and breathing to stop for a short time during sleep.

Depression and anxiety

Depression and anxiety can affect sleep, or be caused by lack of sleep. Counseling may be helpful.

Shift work

Working when your body thinks you should be sleeping can impair sleep and lead to chronic sleep disturbance.

Pain

Pre-existing and chronic conditions can impair sleep. Addressing the pain may help.  

Tips to improve your sleep

 

Ask yourself whether you need to change a few of your habits to get a good night’s sleep.  Sometimes a change in routine is all it takes. 

Caffeine

Cut your caffeine intake to two a day – including cola, as well as tea and coffee.  

Alcohol

Too much alcohol reduces sleep quality. Limit yourself to two standard drinks a day. 

Exercise

Here’s a secret tip: your body temperature will drop nicely, which is necessary for a good sleep, if you do some rigorous exercise four to six hours before going to bed. Be careful though, as you shouldn't exercise within the four hours before sleep, as the body temperature rises.

Regular timing of bed and wake times

This is important for those with body clock disorders. Important: try to get out of bed at the same time each day. 

Total time in bed

Restrict the amount of time you spend in bed in an attempt to train yourself to sleep when you get there. Restrict bed time for sex and sleep - not eating, reading or watching TV.

If not sleeping, get out of bed

Frustration at your inability to sleep makes the problem worse. Regain control. Get out of bed and do a quiet, relaxing task in another room.  

Hide the clock

Do not clock gaze during the night. This accentuates the sense of frustration. Turn you clock away from view.

Relaxation techniques

Meditation and relaxation may help some people to relax and get to sleep.

Medications for sleep disturbance

Sleep medications (e.g. benzodiazepines, stilnox) may be prescribed for short-term use; however these medications may cause dependence and should be taken with care.