Anak bujang ku berkobar-kobar nak tolong cat pintu pagar dan pintu rumah. Sibuk aku dan suami mengecat, sibuk lah dua-duanya merenggek nak cat. "Daddy, plsss I want to paint. I want to help you". Suami ku cakap tak boleh. "Both of you, remember this moment ok? Remember what you just said because that would be the same words I want to hear from you in 10-15 years time..." kekekeke...
Sekarang merenggek nak tolong nanti lagi 10 tahun kita yg merenggek minta tolong...
Sejak balik dari Penang tahun lepas memang tak sempat nak 'layan' tu pintu dan pagar. Da terkopek-kopek cat pun buat tak nampak jeeerr... Oleh kerana ura-ura tahun depan nak tukar pintu dan pagar, kita kasi cantik sikitlah tahun ni. Kalau nak tahu warna apa pintu kita tu, datang lah hari raya nanti eh...
Cat rumah??? woiiii tolong sikit!!! Dengan 4 budak ni, saya ada kerja yg lebih mustahak...iaitu melayan makarena mereka-mereka ni. Tak kuasa betul nak cat rumah. Tunggu budak budak ni besar sikit lah nampaknya. Lagipun dinding masih elok... masih bersih.
Oklah... saya nak sambung kerja. Kepada semua, selamat bersahur yerrr...