Alhamdulillah.. keadaanku semakin beransur sihat. Boleh dikatakan 70% baik. Berkat doa semua yg menyayangi diriku... Alhamdulillah. Cuma bila tiba waktu senja... gatalnya masih menganggu diri. Tapi sekurang-kurangnya sudah tidak berair, berdarah dan merah lagi kulit ini. Jika tidak setiap kali hendak keluar rumah, siap aku bertampal sana sini agar tidak sakit dan berdarah kulit ku bila terkena baju dan seluar. Dan setiap waktu tidur aku juga bertampal sana sini agar cadarku tidak terkena darah atau basah oleh cecair yg keluar dari luka-luka. Bila waktu solat... tiap kali berwudhu, memeritkan kerana air yg terkena luka. Telekung ku juga melekit kerana terkena cecair yg keluar di tangan dan kaki... membuat aku sering berasa tidak selesa dan was-was. Air yg keluar dari luka luka tidak mengira waktu tapi bila waktu senja Ya Allah... ianya sangat gatal dan air akan keluar bagaikan air mata...Cukup menyiksakan. Cukup memeritkan. Cukuplah semua itu. Aku menanggung semua itu selama 5 bulan! Orang melihat aku tersenyum dan ketawa tapi di hati ini menderita... sengsara menanggung kesakitan.
Bukan itu saja... 3 minggu lepas semasa muka ku membengkak... telinga ku juga keluar air bila waktu tidur atau sewaktu menggunakan telefon. Bila tidur, pusing kiri telinga kiri keluar air. Pusing kanan telinga kanan keluar air. Bukan dari lubang telinga saja.. malah di belakang telinga juga. Bila menggunakan telefon, tiba tiba telefon ku basah... dari air yg keluar dari telinga. Menghairankan.
Pada mulanya aku merasa gatal di kepala dan telinga. Beberapa hari kemudian mata kanan ku bengkak sedikit. Kemudian merebak keseluruh mata dan setiap hari makin membengkak ke muka. Professor di Skin Centre juga hairan kerana tidak ada tanda tanda ianya adalah allergy. Dan juga aku tidak pernah ada masalah alahan...
Waktu itu bermacam perasaan menyelubungi aku. Fikiran berkecamuk. Aku malah memberitahu suami ku agar jgn pulang setelah habis kerjanya di Sydney. AKu tidak sanggup berhadapan dengan suami dengan keadaan yg cukup mengerikan itu. Aku dimarahi mak dan suami kerana memikirkan yg bukan bukan. Tapi waktu itu hanya Allah yg tahu perasaan aku. Cuma tidak pernah terlintas ianya adalah perbuatan Sihir. Aku fikir mungkin ianya hanya penyakit kulit. Tapi oleh kerana doktor juga tidak dpt menerangkan pada ku akan jenis penyakit itu, mak mengesa agar aku cuba berubat dengan Ustaz-ustaz.
Diwaktu itulah berbagai dugaan datang menghantui keluarga ku... terutama mak dan adik bungsu ku. Bukan itu saja, malah sesiapa yg cuba membantu aku. Namun tidak pernah keluargaku membiarkan aku. Mereka bersusah payah mmbantuku saat aku memerlukan. Suami berada di Sydney kerana tugas dan aku tidak mau menyusahkan suami yg mencari rezeki demi aku dan anak anak. Mujur aku berdekatan dengan keluarga. Dan keluarga juga amat menyayangi aku. Mak tinggal di rumah ku. Menjaga aku dan anak anak.
Adik-adik juga sanggup menghantarku ke hospital, berubat ke sana sini. Apa saja yg aku perlukan mereka bersusah payah mendapatkannya. Tidak aku lupakan setiap titis airmata mak dan adik adik yg mengalir, melihat keadaan ku waktu itu. Tidak aku lupakan setiap pertolongan yg aku terima dari saudara-mara, ipar-duai dan sahabat taulan.
Kepada kakak2, adik2 dan teman2 di sini, aku amat berterima kasih di atas keprihatinan anda semua. Terima kasih kerana sudi mendoakanku. Syukur Alhamdulillah kerana aku mempunyai ramai kenalan yg sayang dan mengambil berat tentang diriku.
Kejadian ini membuat aku semakin dekat kepada Allah. Membuat aku semakin tabah dengan dugaannya.
Kepada manusia yg ingin melihat aku sengsara dan menderita, terima kasih aku ucapkan. Kerana perbuatanmu aku semakin disayangi. Kerana perbuatanmu aku semakin dilindungi. Kerana perbuatanmu aku tahu aku ramai teman yg mengasihani ku. Kerana perbuatanmu suami dan aku semakin sayang-menyayangi..
Kerana kau juga aku semakin dekat kepada Allah. Kerana kau juga lah aku bersyukur kerana tidak mempunyai hati yg busuk! Walaupun wajahku dan tubuhku jelek... tapi hati ku tidak pernah jelek. Walaupun wajah dan tubuhku sudah cacat tapi hatiku tidak cacat! Alhamdulillah.
Semoga Allah memberimu keampunan, Taufiq dan Hidayah.....